Sunday, April 4, 2010

SUSU KAMBING


Susu Kambing, Sunnah Rasulullah yang Telah Dilupakan.


Susu Kambing adalah makanan semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan berbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur.


KEISTIMEWAAN SUSU KAMBING

  • Kaya dengan protin, enzim dan vitamin A
  • Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah
  • Diperaku oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu ini boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulcer
  • Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil
  • Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.

KANDUNGAN PURATA SUSU KAMBING
(GM/LITER)

KANDUNGAN

GM/LITER

Bahan kering

15 - 135

Lemak

35- 40

Laktos

47 - 52

Protin - Casein
Albumin
Globulin

27 - 30

Abu

5 - 6

PERBANDINGAN KOMPOSISI SUSU KAMBING DENGAN LAIN-LAIN SUSU

Perbandingan kandungan bahan susu mengikut peratus

BAHAN

KAMBING

LEMBU

MANUSIA

Air

87.5

87.5

86.8

Lemak

3.9

3.7

3.8

Protin

3.2

3.1

1.3

Laktos

4.5

4.6

7.8

Abu

0.8

0.7

0.2

PERBANDINGAN KANDUNGAN VITAMIN

Perbandingan mengikut gm/liter

VITAMIN

KAMBING

KERBAU

LEMBU

Vitamin A

2070

1669

1560

Vitamin D

23.7

t.m

t.m

Riboflavin

1.84

1.07

1.75

Asid Nikotik

1.87

1.71

1.94

Choline

150

t.m

121

Inositol

210

t.m

110

Vitamin B1

0.0006

0.0043

0.0043

Sunday, August 16, 2009

MENGAPA MULTI LEVEL MARKETING

MLM (Multi-Level Marketing) atau Pemasaran Pelbagai Aras atau lebih dikenali sebagai Perniagaan Jualan Langsung merupakan suatu industri yang bernilai berbilion-bilion Ringgit walaupun industri ini sebenarnya masih baru di Malaysia.Banyak usahawan jualan langsung yang telah menjadi kaya-raya dalam industri ini. Sesetengahnya menjadi jutawan setelah berkecimpung dengan perniagaan ini untuk beberapa tahun. Sesetengahnya pula hidup senang setelah menukar kerja sepenuh masa mereka dengan perniagaan jualan langsung.Namun demikian, terdapat banyak pula yang menyertai perniagaan jualan langsung ini yang GAGAL biarpun telah mencubanya sedaya upaya.
Mengapa ada yang gagal dalam perniagaan ini sedangkan ada yang berjaya pula? Ada yang mengatakan bahawa mereka GAGAL kerana mereka tidak ada nasib, tidak ada pengalaman dalam perniagaan ini, malu berjumpa dengan pelanggan, dan seribu satu macam alasan/sebab.
Sebenarnya, punca kegagalan dalam perniagaan Jualan Langsung BUKANLAH berpunca daripada nasib atau tidak ada pengalaman berniaga, tetapi disebabkan oleh KETIADAAN TEKNIK, iaitu teknik menaja, teknik menjual, teknik memberikan khidmat kepada downline, teknik membuat home party, dan beberapa teknik lain.
Rata-rata mereka yang berjaya dalam perniagaan ini bukanlah mereka yang memiliki pengalaman berniaga yang menakjubkan. Mereka yang berjaya memiliki teknik yang tidak diketahui oleh orang lain.
Tanyalah kepada Encik Kamaruzaman Jailan dan isteri (CROWN AMBASSADOR DCL)Puan Saadah Badrus dan suaminya, Encik Anis Kassan (JUTAWAN REVELL), Mejar Mohan dan isterinya, Elizabeth (COSWAY), Encik Zulkiflie Md Sohor (HAI-O MARKETING), Tuan Haji Mohd Roslan Ghazali (SHAKLEE), Encik Rahim Mat Hassan (SMC INTERNATIONAL (SUNSKY)), Tuan Shikh Ibrahim Shikh A. Hanam (ZHULIAN), Encik Hamid Darus (ELKEN), Encik Ismail Montak (M-PLAN), Encik Safingi Sarikin (LION BEST),Encik Roslan Abdullah( INTAN JUTAWAN CNI) Mohd Ridzwan Ahmad (CONY BIO).
Itu adalah senarai pendek usahawan MLM yang telah berjaya. Mereka seperti anda juga. Tiada pengalaman berniaga, tetapi mereka memiliki teknik untuk berjaya. Bukan sedikit halangan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi mereka. Halangan dan cabaran itu sentiasa berlegar di sekeliling mereka. Tetapi mereka berjaya juga.Tanpa teknik, tiada sesiapa pun yang akan berjaya dalam Industri Jualan Langsung. Teknik boleh dicipta tetapi sama ada berjaya atau tidak, belum tentu lagi. Jangan gadaikan perniagaan anda dengan teknik yang anda cipta sendiri selagi belum teruji berjaya.
MULTI-LEVEL MARKETING, JUALAN LANGSUNG, DIRECT SELLING, atau apa-apa sahaja nama yang diberikan kepadanya merupakan suatu perniagaan yang paling mudah dilakukan tetapi telah disukarkan oleh mereka yang sengaja mencipta teknik dan kaedah untuk berjaya dalam sekelip mata.
Ramai orang yang menjadikan perniagaan ini sebagai mata pencarian sepenuh masa atau sambilan kerana beberapa sebab:* Modal asas yang paling minimum/kecil Memiliki “pasaraya” sendiri Memiliki “pekerja” sendiri.* Berupaya menentukan berapakah pendapatan (bonus) yang diingini setiap bulan.* Boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.* Berpeluang bertemu dengan pelanggan dan pengedar baru.* Berpeluang menjadi leader dan orang yang dihormati oleh pengedar-pengedar lain.* Peluang untuk menjadi senang dan kaya-raya.
Jika anda ingin serius dalam perniagaan ini, anda jangan sekali-kali menoleh ke belakang lagi. Anda mesti meneruskannya. Jangan dengar komen-komen negatif yang sentiasa mahu melihat anda tidak melakukan perniagaan ini dan seterusnya menjadi gagal.
Kata-kata nakal seperti “Mana boleh kaya jual sabun”, “Masuk jualan langsung, kasi kaya upline saja”, “Jualan Langsung di Barat boleh kayalah, di Malaysia pirah”, dan bermacam-macam lagi sering kita dengar. Kata-kata ini bukan sahaja daripada orang lain, bahkan daripada ahli keluarga sendiri termasuk isteri. Terdapat kes yang isteri menyediakan tikar, bantal, dan selimut di luar pintu kerana suaminya balik lewat daripada membuat tajaan. Ada kes yang isteri seorang pengedar yang membuat panggilan memaki hamun upline kerana membawa suaminya keluar membuat jualan dan tajaan. Semua ini merupakan asam garam dalam jualan langsung.
Semuanya dilakukan oleh mereka yang mengenali MLM hanya daripada kulit atau luarannya sahaja. Mereka tidak mengenali isinya. Hanya setelah anda berjaya, barulah mereka buka mata.Anda juga mesti sedar bahawa perniagaan jualan langsung ini bukannya magic – hari ini menjadi pengedar, esok anda boleh kaya. Perniagaan ini memerlukan masa, tenaga, komitmen, dan wawasan. Mereka yang menjadi JUARA MLM telah pun terlibat dalam perniagaan ini bertahun-tahun lamanya. Setelah mereka menemukan “resipi kejayaan”, barulah mereka berjaya.
Tidak ada jalan pintas untuk berjaya. Anda tidak boleh “dam” atau membeli barangan edaran anda dalam kuantiti yang banyak semata-mata untuk meraih bonus bulanan yang tinggi. Ini membunuh diri namanya.Anda juga tidak sepatutnya menaja prospek sebarangan kerana menaja prospek tanpa mengetahui kesungguhan mereka sama seperti anda memiliki anak yang ramai tetapi semuanya tidak mahu bekerja. Anda sendiri yang akan rugi – membuang masa untuk memujuk dan menunjuk ajar mereka tetapi mereka enggan melakukannya – hanya mengumpul starter kit dan menyimpannya di dalam stor.
Fahamilah kandungan rencana ini, praktikkan, dan sentiasa konsisten dalam kerja anda. Anda akan berjaya, INSYAALLAH, SETIAP KEJAYAAN ITU BERMULA DENGAN SUATU KEGAGALAN. BERANI UNTUK BERUBAH.
ADIOSS.

Thursday, August 13, 2009

MARKETING TIPS

WHY NETWORK MARKETING

The wealthiest people in the world and Network Marketers know the secret to creating true wealth. They have been focusing on it for hundreds of years. They understanding the difference between linear and recurring income.

Recurring income is when you do the work just once and you get paid over and over again. An example would be rock stars, best-selling authors, inventors, actors, commercial real estate developers and Network Marketers. They do the job once and get paid over and over again. They build something that will keep churning out the income, whether they are managing it or not.

Linear income is when you trade time for money. Most people have been trained to work for someone else. They work for wages. When they stop working, their paycheck stops. Linear income only continues as long as you continue to work.

The best way to find out if you have recurring income is to ask yourself, ‘while I’m sleeping tonight, will I be making money?’

Given a choice, which would you rather do: work hard and get paid only once or work hard once and get paid continuously?

Network Marketing is a way to create recurring income.

MLM : YOUR WAY TO SUCCSESS

Gaining contacts who have the same goals as you is of the utmost importance in growing your business. Your main goal is to get as many people into your business as possible so they can duplicate your success and in turn increase your income. Therefore, the leads you aim to generate should have the same ideas in mind – they should want to grow their business also.

That is why the system is so advantageous in this world of network marketing. Everybody wants to grow their business, but you have a tool filled with marketing success tips that will help people achieve their goals. All you need now is to find the right type of leads.

The perfect place to find high quality leads are networking sites. There are thousands of people inside who own businesses and are looking for members. Instead of advertising programs like everyone else there, you are coming in at a different angle – to actually help them. And they make it so simple – you can easily search the listings for different programs. Then, simply contact the people in various MLM companies, and let them know you have a great tool that can help them grow their business. It’s free to join , so what do they have to lose?

On top of this function, you can advertise to the masses through their classified section, and their forum. Generating leads through networking sites should be part of your daily routine. You can never get enough top quality leads into your business, and this method will definitely work!

ADIOSS